Pentingnya komunikasi

Beberapa hari yang lepas, aku menyaksikan 2 situasi di mana komunikasi memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan seharian, apatah lagi dalam kehidupan seorang insan yang bergelar doktor, yang diamanahkan untuk merawat jasad manusia tidak kira warna kulit, darjat dan kuasa. 

Teringat pesanan ibu saudaraku yang kini berada di Mekkah bersama abah, beliau berharap aku dapat bertugas di sana. Beliau mengatakan mendapat layanan yang "1st class" sewaktu mendapat asthmatik attack ketika berada di sana. Mujur semuanya selamat dan tiada  perkara yang tidak diingini berlaku. InsyaAllah, jika ada takdirnya dan dimurahkan rezeki, ke mana sahaja ditugaskan tiada menjadi masalah, selagi berbekalkan niat untuk berkhidmat.

Berbalik kepada cerita asal, ianya bermula pada sesi ward round pagi kami seperti biasa. Currently, we are in the Surgery posting, dan wad surgery untuk kami adalah di 3utara (wanita) dan 2intan (lelaki). Owh yes, we do love surgery very much. A lot of procedures can be done.

Mulanya, seorang doktor nonmuslim menerangkan kepada pesakit tersebut tentang prosedur yang akan dijalankan. He has bladder Ca, dan satu surgery perlu dijalankan bagi merawat pakcik tersebut.Mungkin pakcik tersebut kurang faham apa yang cuba disampaikan, lebih-lebih lagi pakcik tersebut agak "moody". Kemudian specialist in-charge mula tak-over untuk menerangkan. Dengan dialek bahasa kelantan yang boleh dikira agak pekat dan sangat humble, beliau memulakan perbicaraan.

Keadaan agak tegang, disebabkan doktor pakar itu cakap agak kuat, seluruh mata di wad memandang ke arah beliau. Kami yang berdiri di belakang harus menebalkan muka. dan pakcik tersebut mendengar dengan acuh tidak acuh. Dan bila ditanya adakah pakcik faham, pakcik menggelengkan kepala dan specialist explain dengan lebih detail dan rendah diri. Paling lucu adalah munculnya satu term baru yang saya tidak pernah dengar, dan dengan ayat itu, pesakit tersebut baru memahaminya dan kemudiannya pakcik terus bersetuju untuk menandatangani borang pembedahan. Tak boleh kongsi di sini, agak sensitif.

Aim of this story, pentingnya untuk menguasai bahasa untuk memastikan maklumat sampai kepada pesakit. Even if we are a great specialist pun, tapi tak dapat convey maklumat yang betul dan precise kepada pesakit, we won't be able to treat patients, because they also deserved to be treated the best way, just as we want to be treated, isn't it?

When it comes to reationships, everything begins with respect, with the desire to place value on other people.



2 comments:

`Aainaa Nur Raihana Abdullah said...
January 1, 2011 12:47 AM

can i share the term here? hahahaha~~ very funny!!!

Izzah said...
January 14, 2011 2:33 AM

nice sharing..thumbs up!