Daring surgeon

Syed Hassan juara Cabaran 1 Liter peringkat Pahang

KUANTAN 6 Dis. - Percaya atau tidak, dengan hanya satu liter petrol Shell FuelSave tanpa plumbum, anda mampu memandu kenderaan sehingga lebih 22 kilometer (km).

Itulah yang dibuktikan oleh seorang pakar bedah, Dr. Syed Hassan Syed Abdul Aziz, 43, dalam Cabaran 1 Liter anjuran Shell Malaysia, yang diadakan stesen Shell Jalan Telok Sisek di sini hari ini.

Dengan catatan jarak 22.21 km, Dr. Syed Hassan menjadi pemenang cabaran peringkat negeri Pahang dan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM3,000.

Beliau yang memandu kereta jenis Toyota Camry seterusnya akan bertanding ke peringkat kebangsaan untuk merebut hadiah utama bernilai RM50,000.

Dr. Syed Hassan ketika ditemui pemberita berkata, dengan gaya pemanduan yang betul dan penggunaan bahan bakar yang baik beliau kini mampu bergerak lebih jauh bagi setiap liter minyak yang dibelanjakan.
"Saya kagum melihat sejauh mana kita boleh pergi dengan hanya menggunakan satu liter petrol Shell," katanya.

Beliau yang telah menggunakan minyak petrol di Shell sejak 1993 lagi berkata, tiada rahsia kemenangannya namun tuah menyebelahi beliau.

"Seperti orang lain, saya tidak menyangka bahawa pemilihan bahan bakar yang betul boleh membantu kenderaan kita untuk bergerak dengan lebih jauh. Setelah merasainya sendiri, saya kagum dengan pencapaiannya," katanya

Acara yang diadakan selama dua hari ini merupakan perhentian terakhir Cabaran 1 Liter yang juga telah diadakan di lima negeri iaitu di Johor, Selangor, Melaka, Pulau Pinang dan Perak.

Pertandingan itu adalah selaras dengan kempen menggalakkan penjimatan bahan bakar melalui petrol terbaru Shell iaitu petrol Shell FuelSave tanpa plumbum yang dirumus khas.

Pemenang dari setiap lokasi akan bertanding pada Pusingan Akhir Kebangsaan yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada 12 Disember ini untuk merebut gelaran Juara Shell FuelSave dan juga hadiah wang tunai RM45,000 dan petrol Shell FuelSave tanpa plumbum bernilai RM5,000.

Sementara itu, Pengurus Jualan Kebangsaan Shell Malaysia Trading Sdn. Bhd, Leslie Ng berkata, sokongan yang diterima membuktikan ramai pemandu mahu mencabar diri sendiri untuk memandu lebih jauh dengan hanya satu liter petrol Shell FuelSave tanpa plumbum.

Beliau berkata, sehingga kini, program tersebut mendapat sambutan luar dugaan dan sangat memberangsangkan daripada para pengguna.

"Kita mendapat lebih 1,000 penyertaan sepanjang beberapa siri cabaran. Kempen ini merupakan perkongsian Shell dalam penyelidikan dan pembangunan bagi memastikan pelanggan mendapat manfaat daripada kejayaan terbaru teknologi petrol," katanya.

Menurutnya, untuk maklumat lanjut mengenai cara menjimatkan penggunaan petrol atau pendaftaran, orang ramai boleh layari www.shell. com.my/fuelsave.

Td, masa ronda2 kt unit endoskop, ternampak pulak satu kertas yg di print pasal betrita di atas. Takdak org plak masa tu kt unit endoskop,lalu aku pun ambil kertas tu baca. Rupanya berita tentang kejayaan surgeon usm kita . Dr Syed Hassan adalah pakar bedah di USM. Bangga dengan kejayaan beliau.

0 comments: