Hakikat Sebenar


Aku baru tahu tentang kebenaran result selanjar ku. Benar, aku dengar rumours mengatakan result selanjar 3 ni tak masuk yg OSCE, sebab masa kuarantin tu ada pelajar yang berjaya escape.

Pengajaran perkara lalu mengajar aku untuk siasat terlebih dahulu tentang sesuatu berita. Kalau cepat percaya, kene plak berita tu tak betul, dan kita sebarkan, secara tak langsung kita telah menyebarkan fitnah (kalau berita tu tak betul).

So, today i got to know the truth. Memang benar, result selanjar tu tak masuk OSCE. Hanya kira MCQ and essay sahaja. Means that, although you get B, but it's not your overall result. Kalau anda perform baik dalam OSCE, you may get A, or maintain B. Tapi kalau perform really bad for OSCE (mcm aku sebab osce susah), dpd dapat B boleh turun jadi C, atau lagi teruk, boleh fail.

Sumber menyatakan lagi, kalau markah osce tu dikira, 28% akan fail. Dalam kiraan kasar aku, ade la dalam 70 orang yang akan fail. Tapi, still majority akan lulus exam selanjar 3. Tapi yang tak bestnya, kita tak dapat tahu our real performance for this term 3.

Tapi kawan-kawan, sedar tak sesuatu? Andai ditakdirkan takde lah berlaku "leakage" hari tu, maka markah osce akan dikira sekali, dan akibatnya, 28% akan fail (which i consider ramai). Bila ramai fail, maka ramailah akan down.

Mana tak down, orang lain semua lulus, kita fail. Tambah lagi, nak dekat Pro-2, iaitu hidup mati kita di situ.

Tapi sekarang, Allah switch that situation. Ada leakage, maka panel lecturers pun membatalkan markah osce, sebab takut-takut soalan tu dibocorkan pada group yang lain (tak sure bocor ke tak, tp lecturer just risau kalau bocor, no offense plz!). Jadinya sekarang, markah yg kita dapat adalah gabungan markah essay and MCQ.

Maka, ramailah yang lulus. Yang gagal sedikit. Nampak tak sesuatu? Yang tak study kuat dulu, yang frust lepas buat osce dulu (sebab takleh perform) pun terkejut dengan result yang depa dapat. Sampai ada yang cakap, aku ni kat wonderland ke? Sampai begitu tidak percaya sekali dengan keputusan yang diperoleh.

So, bila ramai yang lulus, ramai yang bersemangat, yang dpt A lagi semangat nak study. Bila semangat nak study, tak ramailah yang malu-malu nak study group, nak tanya soalan, dan sebagainya. Maksudnya, yg kurang berjaya tak rasa inferior kepada yang lulus (becoz majority lulus, again, no offense plz!).

Do you see something? Kalau dulu, mesti ada yang marah-marah pada insan yang membuat leakage tu. After this had happened, korang rasa nak marah lagi ke? Bersyukur lagi ada kan.

Percayalah kawan-kawan, sebaik-baik kita yang merancang, kene ingat, perancangan Allah sangat sempurna.

Aku rasa nak menangis bila fikir benda-benda ni. betapa berkuasanya Allah terhadap apa yang berlaku di sekeliling aku. Ya Allah, ampunilah dosa kami, bantulah kami!

Subhanallah! Allahuakbar!

Rasulullah bersabda :

"Ada tiga orang yang pasti (berhak) mendapat pertolongan Allah : al-mukatab (hamba yang berupaya memerdekakan diri) yang hendak menunaikan tebusan dirinya, lelaki yang bernikah kerana ingin menjaga kesucian dan kehormatan dirinya, dan mujahid (pejuang di jalan Allah)." (Diriwayatkan oleh at-Tirmidzi, Nasa'i, dan Ibnu Majah)

Firman Allah :

"... Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui." (2:216)

Allah menunjukkan kuasa-Nya!

1 comments:

diarisenja said...
March 22, 2009 7:15 AM

Allah lebih mengerti,
Selalu dan sentiasa!

Apapun yang terjadi, berjalanlah tanpa henti.

Seteruk mana pun jalan yang dilalui,
Dihadapan ada bahagia yang tersembunyi.

Ganbatte dear akhi Azizi!