Pengalaman Berniaga

Sebelum ini, tidak pernah terlintas di fikiran untuk menjadi salah seorang daripada warga 'lorong farmasi' yang menjual barang-barang. Selama ini jika dalam perjalanan ke kuliah, hanya lalu sahaja di lorong tersebut. Nak tengok pun malas, sebab kebanyakan barang-barang yang dijual tidak dapat menarik perhatian kami sebagai student.

So, now, i am one of them. Berniaga buku-buku di lorong farmasi HUSM. Ramai yang bertanya, untuk apa berniaga ni? Dan ramai yang tersalah meneka kami berniaga untuk MPI kerana rata-rata ahli kami terdiri daripada yang pernah menjadi exco dan ketua projek MPI.

Sebenarnya jualan ini adalah untuk mengumpul dana untuk program elektif kami ke Acheh. Jadi, nak cari duit kenelah berusaha.

Sebelum berniaga, check stok dulu. Buku-buku dilambakkan di atas katil.

Koleksi buku-buku kecil, ramai yang beli buku macam ni, mungkin sebab harganya murah kerana biasiswa tak masuk lagi. Timing salah juga.

Novel-novel yang bakal terjual, tetapi kurang mendapat sambutan kerana rata-rata customer yang datang adalah golongan dewasa, remaja sedikit sahaja.

Ini selepasa baru sahaja set-set kan tempat. Baru first time berniaga buku, tak tahulah sesuai ke tidak setting macam ni.

Ketika berurus niaga, macam-macam kerenah pelanggan kami terima. Yang naik ikut kami ke Acheh nanti pada Mei 2009 pun ada, siap bagi nombor hp.

Kat meja tu MPI tumpang letak tabung derma Palestin dan kami letak tabung derma Acheh. Kami duk promote tabung derma Acheh =)

Lepas lama berniaga, terpikit plak nak wat susunan baru. Teringat pesan Kak Chik untuk dirikan buku untuk tarik perhatian ramai.

Antara pelanggan yang datang. Di sebelah kedai kami MPI jual baju-baju

Dah tukar shif untuk sesi petang. Sesi petang kurang pula yang membeli.

Dalam pukul 5pm, kami dah bersiap-siap kemas nak balik. Alhamdulillah, dapat pengalaman berharga bekerjasama untuk mengumpul dana. Masa nak balik, hujan pun turun dengan lebat.

Kami dapat merasai kepayahan untuk memulakan perniagaan. Banyak faktor yang perlu diambil kira, dan yang paling penting adalah aspek bekerjasama untuk memastikan perjalanan perniagaan berjalan lancar.

Walaupun sambutan adalah sederhana, yang mungkin disebabkan oleh belum dapat biasiswa dan kebarangkalian cuti panjang, moga usaha kami ini diberkati oleh Allah.

Amalan Maal Hijrah?

Semoga tahun yang akan datang lebih baik daripada tahun sebelumnya, insyaAllah

Semasa 'berjalan-jalan' di blog MAZA, terjumpa dengan artikel Maal Hijrah. Walaupun ia telah diterbitkan pada awal Januari 2008, pada pendapat saya, boleh diterbitkan semula untuk amalan kita bersama, sempena dengan Maal Hijrah 1430 yang bakal menjelang beberapa jam lagi.

Soalan: Adakah Nabi s.a.w mula berhijrah pada bulan Muharram seperti difahami oleh kebanyakan masyarakat awam di Malaysia ini?

Jawapan: Sebenar ahli-ahli sejarah meriwayatkan bahawa baginda s.a.w keluar dari rumah baginda menuju rumah Abu Bakar untuk berhijrah adalah pada bulan Safar. al-Syeikh Al-Mubarakfuri dalam buku sirahnya yang terkenal Al-Rahiq al-Makhtum mencatatkan bahawa pada 27 Safar bersamaan dengan 13 September tahun 622M. Kemudian di Gua Thur. Pada hari pertama Rabiul Awwal bersamaan 16 September barulah baginda bergerak ke Madinah atau yang dikenali dengan nama Yasrib ketika itu. Pada hari Isnin, 8 Rabiul Awwal bersamaan dengan 23 September barulah baginda sampai ke Quba. Baginda berada selama empat hari di Quba dan mengasaskan Masjid Quba. Kemudian pada hari Jumaat minggu tersebut barulah baginda memasuki Madinah.

Dengan ini, maka sangkaan sesetengah pihak bahawa Nabi s.a.w berhijrah pada bulan Muharram adalah tidak tepat. Sebaliknya bulan Muharram adalah bulan pertama dalam perkiraan Arab. Maka tahun hijrah dikira bukan kerana Nabi s.a.w berhijrah pada Muharram, tetapi kerana tahun berkenaan berlakunya peristiwa hijrah. Maka tahun peristiwa itu berlaku dikira sebagai tahun pertama. Adapun bulan Muharram sememangnya bulan pertama bagi tahun Arab seperti Januari bagi tahun masihi.

Soalan: Adakah doa-doa khas awal tahun yang dibaca, atau majlis-majlis bacaan khusus sempena awal tahun itu berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w?

Jawapan: Tidak pernah Rasulullah s.a.w. mengajar lafaz khusus doa bagi awal tahun baru hijrah atau akhir tahun. Apa tidaknya, penentuan tahun hijrah itu sebagai perkiraan kalender kita ditetapkan oleh Amirul Mukminin ‘Umar Ibn al-Khattab bagi memudahkan urusan pentadbiran kaum muslimin. Namun secara umum seseorang boleh berdoa dengan apa-apa lafaz dan untuk apa-apa hajat sekalipun. Selagi mana tidak menyanggahi syarak, termasuklah hajat agar tahun yang dimasuki tersebut dilimpahkan kebaikan. Adapun majlis-majlis khusus untuk doa atau zikir khas bagi tahun baru tidak pernah diajar Nabi s.a.w juga para sahabah baginda. Bahkan Amirul Mukminin Umar bin al-Khattab yang memulakan perkiraan tahun Islam dengan dengan tahun berlakunya hijrah Nabi s.a.w. itu pun tidak pernah mengadakan majlis ibadah khusus yang seperti itu. Tidaklah kita ini lebih tahu mengenai hal ehwal ibadah melebihi Nabi s.a.w. Sebaik-baik petunjuk itu adalah petunjuk Rasulullah s.a.w.

Soalan: Apakah kita langsung kita tidak boleh mengadakan sebarang majlis pada awal tahun hijrah?

Jawapan: Sambutan Hijrah ini tidak boleh buat atas asas ianya amalan khas agama ini. Ini kerana kepercayaan sedemikian boleh membawa kepada mengada-adakan perkara yang tidak dilakukan oleh Nabi s.a.w. dalam soal ibadah atau menokok tambah agama sedangkan baginda bersabda: “Sesiapa yang mengada-adakan perkara baru dalam urusan agama ini maka dia tertolak” Riwayat Muslim.

Namun majlis mengingatkan rakyat tentang tahun baru ini -pada pandangan saya- boleh diadakan atas adat negeri atau bangsa dengan tujuan mengingatkan rakyat tentang tarikh baru sesuatu tahun dengan itu lalu membolehkan mereka merancang aktiviti dan menimbulkan semangat kesepakatan serta kesungguhan. Perhimpunan menggerakkan semangat pencapaian dan kerja adalah urusan kehidupan yang diboleh syarak selagi tiada dalil tentang keharamannya. Ia bukan ibadah khusus. Di samping itu, seperti mana apabila kita melintasi sesuatu tempat atau negeri kita menyebut tentang sejarahnya, demikian apabila kita melintasi sesuatu tarikh kita menyebut tentang sejarahnya. Sebagai satu pengajaran dan proses pembelajaran. Ia dibolehkan. Namun ibadah yang khusus sempena tarikh berkenaan tidak boleh dilakukan melainkan terdapat dalil yang sabit daripada baginda Nabi s.a.w.

Sumber : here

Perasmian MPI Ke-11


Sahabat-sahabat dan warga muslim yang dimuliakan Allah,

InsyaAllah 30 Disember 2008 (Selasa) ini akan diadakan perasmian Minggu Penghayatan Islam Kali Ke-11 yang bakal dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar USM, iaitu Yang Berbahagia Prof Madya Dr Omar Osman.

Bermula pada jam 8.30pm dan bertempat di Dewan Nurani. Jom pakat gi ramai-ramai!!

MPI adalah majlis untuk semua warga Islam di bumi USM ini. Jika kaum lain dan agama lain ada event masing-masing dan disambut dengan meriah, jadi tibalah masanya kita memeriahkan majlis kita di sini.

Janganlah disebabkan perbezaan pendapat dan fahaman kita berpecah-belah yang akhirnya akan menunjukkan kelemahan kita dan memberikan kemenangan kepada musuh Islam. Buktikan kesepaduan kita dengan memeriahkan MPI!!!

p/s : Bersatu bererti menguruskan perbezaan, bukan menghapuskan perbezaan!

Books Mania

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Lama rasanya tidak update kan blog ini. Agak sibuk dengan kerja-kerja yang perlu dibereskan dalam masa terdekat ni. Cuma ada sedikit perkongsian. Minggu lepas, singgah ke KB Mall sebab ada PC Fair. Niat di hati nak beli barang tetapi memandangkan poket tak penuh lagi, terpaksa tahan nafsu membeli untuk sementara. Berlatih lawan kehendak.

Setiap kali ke KB Mall, mesti tak miss singgah ke Popular

Latest from Stephen R. Covey - The Leader in Me. Selepas belek-belek buku tu, isi kandungannya adalah cerita-cerita leadership oleh tokoh-tokoh yang berjaya. Type of self-enrichment book. Sebelah dia pula adalah Dim Sum Leadership, tak sempat pula nak belek. Next time datang, kita tengok balik.

Ten Powerful Phrases for Positive People. Bagus buku ni, ada kata-kata yang boleh menaikkan semangat dan elaboration bagi setiap kata-kata pemberi semangat tu.

Obama, Antara Islam, Israel dan Amerika. Masa beliau menang pemilihan presiden dahulu, rakyat Indonesia yang dahulu pernah bersekolah dengan Obama banyak menyatakan kebanggaan mereka. Tak kurang juga rakyat Indonesia yang lain kerana ada family history di Indonesia.

Amar, si ahli silap mata dan artis nasyid. Pernah datang ke USM pada bulan Julai 2008 yang lepas untuk membuat konsert nasyid bersama In-Team di dewan utama USM. Kalau tak silap, masa tarikh tu juga Raihan ada datang di stadium Kota Bharu sempena Karnival Halal. So, ada 2 event pada masa yang sama.

Novel-novel remaja. Masa muda-muda dulu tak jumpa pula novel macam ni =)

Travelog dakwah, dengar-dengar berita buku ini best, menceritakan pengalaman hidup seseorang. Sambungan daripada Travelog Haji.

Jangan Bersedih, Jadilah Wanita yang Paling Bahagia. Tak pernah jumpa buku ni. Yang selalu jumpa adalah "Jangan Bersedih - La Tahzan"

Rindu Andalusia, di blog Ustaz Zahazan beliau ada promote buku ni. Nampak macam menarik.

Kisah Cinta Yusuf Zulaikha, bukan kisah nabi Yusuf ye.

Laskar Cinta, adik beradik Laskar Pelangi.

This is a very important book for obese person.

Terapi solat tahajud, pernah belek buku ni, sangat beneficial. Rugi tak baca.

Buku-buku kerohanian yang lain

Malay story books


Buku Azizi Ali, baru ada satu, yang warna merah tu. Bermanfaat untuk menjamin kestabilan kewangan berpanjangan.

Parkinsonism, you need to know this!

Love this book and the author, but have to wait for holidays to read it.

Again, John C. Maxwell and his new book, Leadership Gold.

Self-enrichment books

Finally, i get to this book. Tahan punya tahan, akhirnya tak tahan lagi. Beli juga yang ni sebab dah lama berkenan di hati.

These are the books that we bought. The other 2 books are not mine, but i did lend my friend's money to buy mine, because my pocket is really 'kering'.

Mendapat kepuasan selepas bergelumang dengan buku.

Laskar Pelangi



Video di atas adalah video klip kumpulan Nidgi, iaitu kumpulan penyanyi yang menyanyikan lagu Laskar Pelangi, yang sedang hot di Indonesia. Filem tersebut telah ditayangkan di Indonesia, tapi masih belum menembusi pasaran di Malaysia.

Ini pula adalah novel Laskar Pelangi, ditulis oleh Andrea Hirata. Kepada sesiapa yang berminat, bolehlah menghubungi saya untuk tempahan. Memandangkan buku masih belum boleh dapat lagi, tempahan masih dibuka kepada sesiapa yang mengkehendakinya. Ceritanya amat berkait rapat dengan video di atas.


SINOPSIS LASKAR PELANGI

Pelbagai peristiwa menakjubkan terjadi pada zaman kecil para anggota Laskar Pelangi. 11 orang anak Melayu Belitong yang luar biasa ini tidak menyerah kalah walau keadaan tidak selalu menyebelahi mereka.


Lintang, si miskin cilik yang genius dengan senang hati berbasikal berulang alik sejauh 20 km untuk menuntut ilmu meskipun kadang-kadang hanya sempat menyanyikan lagu Padamu Negeri pada akhir waktu sekolah.


Mahar, selain bersekolah dia turut memarut kelapa untuk biaya keluarganya, adalah seniman yang imaginatif dan kreatif meskipun dia sering dipersendakan oleh sahabat-sahabatnya. Tetapi dia berjaya mengangkat darjat sekolah Muhammadiyah di kampung mereka.


Begitu juga kisah 9 orang teman lainnya yang bersemangat menjalani kehidupan dan berjuang meraih cita-cita.


Selamilah kehidupan mereka, kejujuran pemikiran, dan indahnya pengembaraan mereka. Anda akan tertawa, menangis, dan tersentuh menghayati gelagat mereka. Novel ini dipersembahkan untuk mereka yang meyakini the magic of childhood memories, dan untuk mereka yang masih percaya akan adanya pintu keajaiban lain untuk mengubah dunia pendidikan.


" Membacanya umpama menonton sebuah filem, satu kepuasan dan keseronokan kerana dapat menonton apa yang dibaca.”

- Ramli Rabi, MPH Bookstores Sdn Bhd


“ Satu lagi karya dari Indonesia yang mesti dibaca oleh pencinta novel di Malaysia.”

- Meor Shariman, novelis dan penulis skrip filem Cicak Man


“ Andrea Hirata telah menyajikan Laskar Pelangi dengan sempurna sekali. Bahasanya cerdas, jenakanya segar, serta terselit metafora yang indah : membuat kita dapat tersenyum dan tertawa serentak atau menangis pilu bersama-sama wataknya. Plotnya ringan tetapi tebal dengan nilai moral dan estetika. Sebuah karya yang harus dibaca untuk dinilai dengan mata hati!”

- Noor Sureya, novelis

Majlis AIDS Tidak Setuju

KUALA LUMPUR 19 Dis. - Majlis AIDS Malaysia (MAM) tidak bersetuju dengan langkah kerajaan mewajibkan semua bakal pengantin beragama Islam menjalani ujian saringan HIV walaupun ia bertujuan mengelakkan penyebarannya kepada pasangan dan anak-anak.

Presidennya, Prof. Dr. Adeeba Kamarulzaman berkata, dasar tersebut berbentuk diskriminasi terhadap bakal pengantin dan melanggar hak asasi manusia yang digariskan dalam beberapa perjanjian antarabangsa termasuk autonomi peribadi.

''Kami mengakui status HIV bakal pengantin adalah amat penting, namun cara dan pengurusannya perlu dibuat dengan penuh prihatin," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu, ujian saringan HIV diwajibkan ketika bakal pengantin membuat permohonan di pejabat agama daerah untuk berkahwin.

Najib berkata, semua negeri akan mewajibkan ujian saringan sebagai sebahagian daripada program praperkahwinan dan langkah itu selaras dengan usaha mengurangkan jangkitan HIV terutamanya di kalangan wanita yang kini menunjukkan peningkatan.

Sebelum ini, hanya beberapa negeri yang mewajibkan bakal pengantin beragama Islam menjalani saringan HIV iaitu Negeri Sembilan, Sabah, Sarawak, Selangor dan Kelantan.

Adeeba berkata, paksaan untuk menjalani ujian HIV bagi pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga akan menimbulkan perasaan takut dan tidak selamat serta terlalu mengharapkan keputusan negatif untuk ujian tersebut.

''Bakal pengantin sepatutnya digalakkan untuk menghadiri ujian atas kerelaan diri dan jika disahkan positif akan diberi kaunseling," ujarnya.

Menurut beliau, polisi 3C iaitu kerelaan (consent), kaunseling (counseling) dan kerahsiaan (confidentiality) perlu dipraktikkan untuk setiap ujian saringan HIV.

Beliau memberitahu, pihaknya telah menghubungi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan kerajaan untuk memastikan ujian HIV dilakukan mengikut polisi 3C.

''Ujian saringan HIV perlu mendapatkan persetujuan, keizinan dan kerelaan seseorang individu sebelum ia dilakukan ke atas diri mereka.

''Sesi kaunseling perlu diberikan sebelum dan selepas ujian saringan HIV dilakukan manakala ujian itu hanya boleh dilakukan jika terdapat jaminan segala keputusan adalah sulit dan peribadi,'' jelasnya.


Salma Tidak Pernah Jemu Jadi Doktor

Salma Ismail (dua dari kanan) bergambar bersama 3 anaknya, (dari kiri) Ezani Bakar, Dr. Ridzwan dan Dr. Normi ketika mengadakan majlis ulang tahun ke-90 di Bangsar Baru, Kuala Lumpur, malam tadi.


KUALA LUMPUR 19 Dis. - Setelah lebih setengah abad mengabdikan diri dalam bidang perubatan, wanita Melayu pertama bergelar doktor, Tan Sri Dr. Salma Ismail yang mencecah 90 tahun hari ini, terpaksa akur dengan kekangan usia walaupun masih belum jemu dengan profesion itu.

Sejak menggenggam ijazah doktor perubatan pada 1949, beliau hanya bersara sepenuhnya daripada bidang itu pada 2005 ketika usianya 87 tahun.

"Rugi bila sudah habiskan masa bertahun-tahun belajar tapi tidak gunakan kemahiran kita itu," katanya dalam pertemuan eksklusif dengan Utusan Malaysia di kediamannya di sini, sempena ulang tahun kelahirannya.

Cukup istimewa apabila majlis ulang tahun kelahirannya malam ini diadakan di kediaman anaknya, Datuk Dr. Ridzwan Bakar dengan dihadiri Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali yang sama-sama menuntut di King Edward VII College of Medicine, Singapura.

"Teruk jadi doktor. Kena layan macam-macam kerenah orang tambahan masyarakat ketika itu masih tidak faham fungsi seorang doktor. Tapi saya sudah belajar bidang itu dan saya kenalah beri khidmat," katanya mengimbau kenangan sewaktu mula-mula bergelar doktor.

Salma yang dilahirkan pada 19 Disember 1918 di Kampung Perak, Alor Setar, Kedah berkata, pada awalnya beliau tidak pernah bercita-cita atau berminat menjadi seorang doktor.

Namun beliau tidak pula merasakan peluang yang diberikan Kerajaan Kedah pada ketika itu untuk mengikuti kursus perubatan di Singapura sebagai satu paksaan terhadapnya.

"Kerajaan Kedah masa itu nampak pelajar-pelajar berpotensi untuk mengikuti kursus yang mereka rasa penting jadi saya ikut sajalah. Lagipun, mak ayah saya beri galakan.

"Mak ayah saya kata pergi sajalah mana tahu nanti dapat pangkat besar-besar. Kalau nak ikutkan susah memang tak akan dapat apa yang kita nak," katanya.

Salma ketika itu terpilih mengikuti kursus perubatan di kolej tersebut selepas mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Senior Cambridge pada 1936.

"Kerajaan Kedah fikir jauh ke depan masa itu. Mereka hantar ramai pelajar ke luar negara untuk belajar dalam bidang penting. Tak kira laki perempuan," katanya.

Bermula detik itu, Salma tidak boleh menoleh ke belakang lagi walaupun mengakui bidang perubatan ketika itu sangat sukar diikuti lebih-lebih lagi bagi golongan wanita pada zaman itu.

Walaupun pengajiannya terganggu selama beberapa tahun apabila tentera Jepun menawan Tanah Melayu, Salma tekad menyambung pelajarannya sehingga bergelar doktor.

Anak sulung daripada empat beradik ini pernah berkhidmat sebagai pegawai perubatan di Hospital Besar Alor Setar selepas tamat pengajian.

Komitmen beliau sebagai seorang doktor masih tidak terhalang walaupun sudah mendirikan rumah tangga dengan Dr. Abu Bakar Ibrahim pada 1950 dan dikurniakan empat orang anak.

"Tidak semestinya kahwin jadi alasan untuk saya berhenti terus dari jadi doktor. Tiada apa yang menghalang keinginan saya untuk terus berkhidmat ketika itu kerana saya sudah angkat sumpah untuk berkhidmat kepada masyarakat." katanya.

Pada 1956, Salma melanjutkan pengajian dalam bidang Obstetrik di Dublin, Ireland dan kemudian berkhidmat di Kuala Lumpur beberapa tahun kemudian.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

My comment : Saya berasa kagum dengan semangat Tan Sri Dr. Salma Ismail yang masih gagah mahu berkhidmat sebagai seorang doktor walaupun usia sudah lanjut. Beliau bersara penuh ketika usianya 87 tahun! Bayangkan, betapa minat yang mendalam itu berjaya menggagahkan beliau dengan tenaga yang uzur untuk terus berbakti kepada masyarakat. Dengan usianya sebegitu dan selayaknya bergelar nenek (dan mungkin moyang), beliau mampu untuk goyang kaki sahaja di rumah sambil melayan cucu-cucu. Namun, itu bukanlah pilihan bagi seorang pejuang masyarakat seperti Dr. Salma. Semoga Allah terus merahmati dan melindungi beliau, insyaAllah.

Sumber : Utusan Malaysia, Sabtu 20 Disember 2008.

Perasmian Hedonisme dan Konsep Kecemerlangan Insani


Perasmian minggu Hedonisme dan Konsep Kecemerlangan Insani pada malam ini (17/12/2008) di Masjid Murni selepas Maghrib. Juadah ringan disediakan. Mari mengimarahkan masjid beramai-ramai!!!

p/s : sekali tengok tajuk minggu hedonisme ni, lain pula yang difikirkan. Pandai kepada pereka tajuk tersebut kerana it's catchy, menyebabkan masyrakat akan argue apa kaitan hedonisme dan kecemerlangan insan? Congratz!!

Melawat Pesakit

Malam semalam ada seorang kawan masuk wad. Before this dia jatuh basikal, dan ada luka teruk di kaki kiri. Balik daripada cuti hari tu, jalan pun dah tak betul. Next few days dah mula pakai crutches. Try jugak nak pakai crutches, amat memenatkan kerana memerlukan tenaga tangan sebagai ganti kepada kaki yang tidak boleh bergerak denga sempurna.

Patient ni ada soft tissue infection. Doktor bagi cloxa IV.


This is our patient

Tengah sedap berborak, tiba-tiba darah keluar pula daripada drip dia


Alhamdulillah, ada orang yang experience pandai betulkan

Masa ni patient mintak tolong nak sapu ubat kat kaki dia

Membantu untuk sapu

Tinggal di wad boleh jadi bosan, kerana stay kat situ tanpa buat apa-apa, Akhirnya, tidur sahaja. Dulu masa saya sakit nak buang appendix, dapat rasa macamana peritnya sakit. Ada nurse pelatih yang baik hati siap tolong ambilkan wudhu' untuk sembahyang. Bila tinggal sorang tu, tak fikir lain dah --> iaitu mati. Masa sakit ini lah kita selalu ingat Allah. Jadi pada waktu senang juga, jangan lupa ingat Allah.

Semoga cepat sembuh!

Lawatan daripada UKM

Mahasiswa/i kursus doktor perubatan tahun 3 daripada UKM telah mengadakan lawatan ke USM Kubang Kerian pada 13 Disember 2008 lepas. Aktiviti yang diadakan adalah perlawanan futsal & netball pada sesi pagi dan petang ada sesi interaksi antara pelawat dan tuan rumah.

Saya mendapat maklumat, talk itu diadakan pada jam 11am di Dewan Kuliah 8. Setibanya di sana, tetamu masih tidak sampai lagi kerana sukan belum habis. Jadi, singgah dulu ke kafe murni untuk menjamu selera dengan hidangan wajib - Cendawan goreng!




Dah kenyang, pergi semula ke DK 8 untuk sesi talk tersebut.

Sesi Interaksi Pelajar USM-UKM

Majoritinya adalah pelajar UKM. Pelajar USM tak ramai pula yang hadir.

Wakil UKM mempersembahkan slideshownya memperkenalkan sistem pembelajaran di UKM

Sambungan daripada yang tadi

Ucapan alu-aluan daripada Pengarah Projek mereka


Warga UKM yang ceria sokmo


Khusyuk mendengar taklimat, diselangi gurauan senda

Dah habis taklimat, sekarang sesi jamuan pula, di sponsor oleh pusat pengajian

Orang-orang besar sedang menjamu selera






Teman-teman lama : Rafaa, Dalila, Azizi, Faiz (dari kiri)

Usai menunaikan solat Zohor

Bersiap sedia untuk pulang

Bas UKM yang ceria seperti pelangi

Alhamdulillah, dapat juga interaksi dengan student luar, jumpa kawan lama, dan belajar sistem pembelajaran mereka. Sebab hari ni rasa tak mahu study, so jalan-jalan is the best choice =)